Thursday, September 08, 2005
08 September 2005
Harini lepas menonton telenovela Ruby di tv.. Teringin rasa nak buka internet.
Seronoknya bila buka ym.. seorang kawan yang banyak membantu suatu ketika dulu tiba-tiba muncul di layar offline ym. Ingatkan dah merajuk atau kurang sihat..
Rindu pada sahabat ....... Dah lama nantikan untuk bersembang. Tapi apakan daya .. Siapakah kita untuk meramal semuanya.
Akhirnya muncul jua awak ya.. Terima kasih kerana sudi balas offline ana..
anazs composed an epistle on 05:09 pm
 Â
Permalink ____________________
Wednesday, July 20, 2005
Bahan-bahan:
1 paket 30g rempah rendang.
1 ekor ayam (dipotong 12).
1 biji kelapa (diambil santan).
3 inci lengkuas (ditumbuk halus).
1/2 biji kelapa parut (ditumbuk halus).
10 sudu besar kerisik.
3 helai daun kunyit (dipotong halus).
2 helai daun limau purut.
3 batang serai (diketuk).
4 batang serai (dipotong nipis).
1 inci halia (ditumbuk).
15 sudu besar minyak.
100g biji gajus (digoreng).
5 sudu besar air asam jawa.
Garam dan gula secukup rasa.
Ditumbuk:
1 inci kunyit hidup.
15 biji bawang merah.
2 biji buah keras.
Cara Membuat:
- Panaskan minyak. Tumiskan lengkuas, tiga batang serai, dan halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah dan ayam. Masak sehingga 1/4 masak.
- Masukkan santan, kerisik, kunyit, bawang, buah keras, air asam jawa, garam, dan gula sampai 3/4 masak.
- Kemudian masukkan kelapa parut, daun kunyit, empat batang serai, dan biji gajus.
anazs composed an epistle on 04:48 pm
 Â
Permalink ____________________
KUIH KASWI
Bahan-bahan :
250gram tepung gandum.
125gram tepung ubi.
250gram gula merah.
Sedikit air kapur (mengikut rasa).
Kelapa parut (untuk hiasan).
125ml air.
Cara Membuat :
- Bancuhkan kedua-dua tepung tadi bersama gula dan sedikit air kapur ke dalam loyang.
- Gunakan air secukupnya agar bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Kukus sehingga masak. Kemudian setelah sejuk, potong kecil-kecil. Gaulkan bersama kelapa parut
anazs composed an epistle on 04:42 pm
 Â
Permalink ____________________
Monday, July 04, 2005
Mulianya tugas mendidik. Bersyukur kerana dilahirkan untuk menjadi pendidik. Walaupun orang kata gaji kecil tapi banyak rahmatnya. Ini ialah sifat guru Rabbani yang saya dapat semasa kursus di sana..
1. Peribadi contoh (Qudwah)
2. Jiwa pendidik dan pembimbing.
3. Mendidik sebagai amanah.
4. Pembentuk generasi hari depan.
anazs composed an epistle on 07:53 am
 Â
Permalink ____________________
Membaca surah al Fatihah memang digalakkan dan diberi ganjaran membacanya.
Walaupun begitu kita perlu berhati-hati ketika menyebut kalimah2 di dalam nya.
Berikut adalah kalimah2 yang perlu kita ambil berat ketika membacanya kerana terdapat nama2 syaitan.
DULILLAH
HIROB
KIYAUM
KANA`
KANAS
Na u zu billahi min zalik
anazs composed an epistle on 07:47 am
 Â
Permalink ____________________
29 dan 30 Jun 2004
Aku telah pergi menghadiri kursus bina insan di Kuala Kubu Bharu bersama dengan seorang lagi rakan ku dari sekolah yang sama. Sebelum pergi seorang lagi guru dari sekolah yang berhampiran menelefonku untuk pergi bersama-sama. Aku memang berharap sangat dapat pergi ke sana.
Pada hari yang sama iaitu 29 Jun.. sekolah juga dikunjungi oeh jemaah hakim pertandingan Pusat Sumber sekolah. Guru media dan guru perpustakaan juga tiada kerana masing-masing ada hal. Aku diminta agar menagguhkan kursus bina insan kali ini. Oleh kerana hati dah teringin nak pergi aku beri alasan yang munasabah kerana suami ku telah memohon cuti.Maka rela tak rela GB terpaksalah melepaskan aku pergi. Aku mendoakan agar Pusat Sumber sekolah ku mendapat tempat dalam pertandingan itu nanti.
Sesampainya di tempat berkursus aku rasa seronok. Selepas mendaftar, kami menuu ke bilik. Waktu tu sessi pertama akan berjalan. Selepas menyimpan beg, kami bergegas ke dewan untuk mendengar ceramah. Seronok bila dialunkan dengan nasyid2 puji-pujian kerana jiwa menjadi tenang mendengarnya.
Di sana kami dikehendaki membasuh tray dan kole sendiri. Rasa macam budak sekolah pula.. Tak apa la.. Walau bagaimanapun.. makanannya sedap. alhamdulillah..
Seronok menghadiri kursus seperti ini. Mengingatkan zaman persekolahan. Rasanya tempoh 2 hari ni macam tak cukup.. Waktu kursus terlalu padat. Rasanya tak sempat nak menghias diri.
anazs composed an epistle on 07:41 am
 Â
Permalink ____________________
Friday, June 17, 2005
Keputusan PTK dah pun keluar............ Syoknya... akhirnya berjaya juga aku..
Tak payah la aku ambil periksa lagi ekekkeke
Bila mengenangkan nak study maut tu yang den lomah tu ..
Malas betul la kan
anazs composed an epistle on 03:14 pm
 Â
Permalink ____________________
Saturday, January 15, 2005
Di mana letaknya kejujuran seorang yang bernama kawan.
Di alam maya ni sukar untuk mempercayai kejujuran hati seseorang.
Termasuklah orang tu yang rapat dgn kita.
Kekadang geram juga kalau kena tipu ni. Tapi tak pe la. Harap2 dapat aku bersabar dgn dugaan ini.
macam2
anazs composed an epistle on 05:32 pm
 Â
Permalink ____________________
Friday, December 24, 2004
24 DISEMBER 2004
Hari ni mesyuarat Profesional Perguruan yang pertama di sekolah. Biasalah mesyuarat pengagihan tugas di sekolah pada tahun 2005 nanti.
Siapa kata jadi guru ni senang. Banyak cuti memangla tapi kerja bertimpa-timpa orang tak tahu. kita je la yang tahu.
Tahun ni rasanya tak de banyak sangat kerja yg diberi. Nasib baikla juga sebab tahun ni la first time nak mengajar subject berat EtemS. kalau dulu kita dok gelak kat kawan tahun ni kawan dok gelak kat kita. hahahah
Sudah nasib badan. Apa boleh buat.
anazs composed an epistle on 03:20 pm
 Â
Permalink ____________________
Sunday, November 21, 2004
CATATAN RAYA 2004
11 November 2004
Macam biasalah raya. Tiap-tiap tahun ikut giliran. Tiap-tiap tahun balik ke kampung suami di Kedah. Seronok dapat beraya di sana. Merasa suasana beraya di kampung.
12 November 2004
Dah balik awal ni nak menjamu mata la sambil buang duit. Dok kat rumah sangat pun boring kami pi shopping la ke Padang Besar. Seronoknya………….. MACAM-MACAM ADA. Yang tak ada duitnya kekekeke.
Dah dapat benda yang dihajati kami balik la ke rumah. Penatnya badan tak tahu nak habaq. Rasa malas nak masak. Kalau kat rumah sendiri gerenti aku pi Bazar Ramadhan kekeekke. Tapi kan ke rumah mertua terpaksalah nak tak nak ke dapur.
13 November 2004
Hari ni masak-masak. Maklumlah esok kan raya. Tapi sebab aku bukan orang sana so aku tak la masak. Aku masak lauk untuk berbuka sahaja. Gulai kari semua depa la masak. Tinggal makan je.
14 November 2004
Hari yang ditunggu dah tiba. Semua umat islam gembira menyambutnya. Meraikan kemenangan kita yang telah sebulan berpuasa (walau tak cukup kira cukupla juga).
Tapi rasanya tahun ni tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Tak ramai jiran dan saudara berkunjung ke rumah pada hari raya. Rasa dah macam kat Selangor. Mungkin mereka beraya bersama dengan anak-anak yang baru pulang. Atau masing-masing sibuk menonton rancangan-rancangan kegemaran mereka di pagi raya.
Yang masih kekal ialah amalan kanak-kanak yang kutip duit raya ke rumah-rumah pada pagi raya (teringat pula aku masa zaman kanak-kanak). Orang pi sembahyang belum lagi balik. Kami di rumah pun tengah sibuk menyiapkan juadah untuk makan. Dah ada yang beri salam. Yang seronoknya tu, depa ni tak payah masuk. Tanya je nak makan tak?. Pastu bagi duit raya. Kekekeke. Jimat tenaga, tak yah nak bancuh air.
anazs composed an epistle on 05:45 pm
 Â
Permalink ____________________